Thank you for following guys! ♥

Friday, December 31, 2010

Lets welcome 2011!

Goodbye two thousand ten!
Many things happened. Laughs & tears. Up & down.

Bila sebut tahun baru, mesti 'azam baru' muncul dalam fikiran korang semua. Tak salah pun sebenarnya. Lagi bagus di-staplerkan dengan semangat yang kuat & lagi cantik bila berjaya dilaksanakan.

Untuk saya, takde. Hahaha! Sebab saya pasang azam untuk setiap hari, bukan setiap tahun. :) Lain orang, lain caranya kan? I wish you all happy new year! Semoga 2011 akan lebih ceria, lebih mantap & lebih segalanya lah. ;)

Tadi pergi Kampung Baru, jumpa kawan sekejap. Pergh! Ramai gila orang naik LRT. Rasanya cuti harini. Malaysia menang bola kan? Hehehe. Rupanya semua nak celebrate new year. Saya celebrate di rumah je. Packing barang-barang untuk masuk new semester, tengok tv. Okay itu dipanggil celebrate ke? Hahaha

Penat packing barang, I shall sleep now. You guys buat lah countdown ramai-ramai, saya buat countdown dalam tidur. Ngeee... This is the last post of 2010. Goodnight people & happy new year! ♥



Thursday, December 30, 2010

All the way


(1) Kenapa rajin sangat harini sampai buat 3 post? Period ke? Hahaha. Mood baik, semuanya rajin. Or maybe azam baru untuk tahun baru? Okay takde kena mengena langsung dengan azam baru ke apa. Mengaruuuuutttt je kau ni Syuhada. -__-

(2) Tinggal 2 hari lagi before aku fly ke Segamat. Berangan lebih aku ni, naik kereta sudahhh! Hehehe. Semuanya dah ready, alhamdulillah. Baju kurung? Check! Kasut? Check! Buku-buku nota? Check! Alat tulis? Check! Shawls? Check! Salinan-salinan untuk mohon ptptn? Check! Yuran? Check! Dah packing barang? NOT CHECK! Hahaha berat hati berat tangan berat punggung nak kemas barang. Maybe Saturday? *angkat-angkat kening

(3) Tak sampai hati nak minta duit dekat parents. Yela yuran dah beratus-ratus, beli stuffs untuk rumah sewa, deposit rumah sewa - semuanya duit. My parents also have to save money for my brother, in case dia pergi sekolah berasrama penuh. Seriously I feel so bad about this. Dont know why. I'll study harder to pay all this - tanamkan dalam kepala. Make them proud is the best present! :')

(4) Harini Mimo & Jiha datang PJ. Yeay! At last dua orang buah hati aku ni berjaya jugak jejak kaki dekat sini. Mimo stay Ampang & Jiha stay Klang. So memang tak lah diorang nak datang sini selalu. Thank youuuuuu okay guys! Lepak lepak, borak borak & snap snap. Itu dah jadi kemestian. Hehehe. Seronok sangat! Yela nanti bila lah lagi dapat lepak macam ni. Seorang utara, seorang selatan. Apapun kawan tetap kawan. Ada masa kita jumpa. ♥

(5) Facebook? Sangat in sekarang. Semua orang ada facebook. Tapi yang paling tak in ialah aktiviti menvroom-vroom. Haih tak faham dengan manusia-manusia. Kalau ya pun marah, bengang or what-so-ever, jangan lah publish di facebook. Sungguh kebudak-budakkan okay. Tak in langsung! Oh lupa kau punya facebook, kau punya pasal lah kan? HAHAHA OKAY. Aku tutup mata tutup telinga & teruskan hidup aku lagi bagus. Nak tambah dosa buat apa? Peace! (Y)

(6) Malaysia menang bola! Tak minat bola but still ambil tahu the result. Yela rumah bergegar bila semua bersorak. Mak bersorak macam anak-anak dia yang main bola. Hahaha. Thank you team Malaysia. Kerana anda, kami & kami sekalian mendapat cuti. So apa rancangan untuk esok? Takkan duduk rumah tengok tv je? ;)



Lets forgive each other :)

Selagi kau tidak bahagia dengan kebahagiaan orang lain, itu petanda kau sendiri tidak bahagia. Pujuk dirimu bahagia apabila melihat musuh-musuhmu bahagia. Wahai diri ingatlah...segala gerak dan laku makhluk adalah dengan izin ALLAH jua.

Jika datang orang menghadiahkan air mata, ALLAH sedang mendidikmu tentang sifat sabar. Jangan dilihat manusia yang menjadi 'sebab' lihat dengan mata hati yang ALLAH jua menjadi 'musabbabil asbab'.

Jika kau disakiti oleh dia, DIA sedang mengajarmu erti reda. Firman ALLAH 'Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan. Nescaya engkau akan dapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara'. Surah Fussilat : 34.

Kini hatiku tertanya-tanya lagi - siapa aku yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan? Aku hanya hamba. Sedangkan DIA sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil untuk berdendam?

- Pahrol Mohd Juoi -

(Petikan diambil dari iluvislam.com)

Saya tiru dia atau dia tiru saya?


Today keluar with my sweetheart. Okay bukan boyfriend, yang ini girl tau! Hehehe. She's one of my great friends. Sangaaaaaat cun okay! :D

Went to KLCC, then aktiviti patahkan kaki dari KLCC ke Times Square. Stop by at Pavillion, snap gambar! Apa lagi kan, hehehe. Shopping dekat Times Square & Sg Wang. Sumpah semua benda murah & lawa lawa. Borong banyak tudung pashmina. Tak tau lah sejak bila fall in love dengan pashmina. Seriously dulu tak suka. Sebab dia akan jadi tebal semacam bila dililit & panassss! But now..... I ♥ you pashmina. Hehehe.

Dah tau nak bershopping, nak berjalan sakan tapi pakai kasut wedges yang sangat curam & tinggi. Akibatnya balik rumah terkedek-kedek macam mak nenek! Hahaha tak lah, kaki melecet teruk. Jalan pun dah macam... urgh! Susah nak explain. But memang sakit.

Moral of the story, jangan pakai wedges atau kasut yang agak tinggi bila bershopping. Sakit woooo! -__-



Walaupun sakit kaki, shopping tetap shopping nyah! Hahaha. Begitu kental semangat aku. :P Beli pashmina, kasut kungfu warna merah, cardigan & ... okay tu je! Hahaha kena jimat duit ooo. Sia-sia je aku kerja, duit semua habis ke mall. Oh tidak! Simpan untuk new semester. :)

Mimi yang borong banyaaaaaaakkkkk! We bought a same kungfu shoes. Same colour which is red but different size. Nanti boleh pakai sama-sama! :D

Perasan tak we wore the same colour of shirt?
Copycat ke apa ni? Siapa tiru siapa ni? Hehehe ♥


Sambil makan, se-naaaapppp! :D



Baju sama, buat peace pun nak sama-sama. Weee.... :D




Favourite picture of the day. <3

Next semester tak dapat jumpa lagi. No more gossiping, singging, tepuk-tepuk bontot, tarik rambut and blablabla... no more! I'm moving to Segamat. Gonna miss her, seriously! :')


Wednesday, December 29, 2010

I'd made it!

Yeay! Akhirnya berjaya menghabiskan kerja part time di Paparich. Berjaya menguatkan diri, menguatkan kaki untuk bertahan selama 48 jam seminggu menjadi waitress, melayan seribu satu kerenah manusia. Bangun pagi-pagi dengan senyuman. Sebab happy dah sampai hari yang ditunggu-tunggu. Selalu siap paling lambat but that day I woke up very very verryyyyy early. Hehehe



muka excited nak pergi kerja. LAST DAY! :D

Nak cakap pasal pengalaman? Yeah banyak yang dapat dikutip. Since aku pun pelajar business, so time ni lah nak tunjuk skill, praktikkan apa yang selama ni study. Bekerja dengan foreigners bukan satu benda yang senang. Believe me! Communication itu penting. Bayangkan if diorang tak faham apa yang aku cakap? Macam mana nak sampaikan apa yang customers nak? Susaaaaaaaaahhhhh! Diorang faham english, but ONLY the basics one. So tak perlu lah berlagak nak tunjuk skill konon hebat cakap omputih. Hahaha

Its fun working with them. Believe it or not, I ate my lunch with them. They're still human being lah dude. As long as you know the boundaries, you can friend with anyone. Yes, anyone! So apa yang nak digelikan? Oh yeah! Tak cool kan? Tak glamor kan? WHATEVER! I dont care.

Diorang kongsi pasal hidup diorang. Majoriti dah kahwin. Diorang tunjuk gambar isteri & anak-anak. Cantik-cantik & comel-comel! Hehehe kesian diorang rindu family diorang. They have to work here about two or three years. Then baru boleh balik sana, their own country.

Ada gambar-gambar diorang ni. Tapi tak semua sebab ada yang pemalu. Hehehe



Aku suka buli dia, suruh dia buat air. White coffee ice, hainan cham ice.
Chocolate ice, my favoooooouuuuurite! Ngeee...


Lunch, gossip - semua dekat sini.




Tukang karut! Hahaha
Taklah, diorang tukang masak.



I just think that this activity, I mean working part time is a really good stuff to do. Bukan setakat kutip pengalaman, but you can also learn about life. Learn how hard it is to earn money. Selama ni minta duit dari parents je kan? Yup aku pun macam tu, tahu minta duit je. Now I know. Bekerja sendiri buat kita rasa penat & puas. Penat sebab bangun pagi-pagi, pergi kerja, layan kerenah. Puas bila kita dapat ganjaran dari apa yang kita usahakan - the salary. Kadang-kadang bila kita selalu senang, selalu berada di atas, kita lupa macam mana rasa susah, macam mana rasa nya berada di bawah. Ini pendapat aku. If ada yang tak setuju or rasa "eh aku tak macam tu", okay. Just igore this entry. Happy? Aku lagi lagi lagi lah happy. :)


They bought for me chocolate. :)


This one is my favourite! :D

Tak sabar nak dapat gaji. Harap-harap dapat menahan nafsu ber-shopping. Semua benda nak beli. Semua benda nampak murah. Semua benda nampak 'in'. Hujung tahun kan? Faham-faham je lah. :D Ada tak cara nak kawal nafsu berbelanja? Dalam majalah banyak, tapi semua tak berkesan. Hahaha syuhada.. syuhada.. alasan je tu! :D

Just tinggal seminggu lebih before start new semester. Perlu nikmati setiap saat sebelum kembali ke dunia buku. Oh yeah! Congrats to my brother yang dapat 5 A's in PMR. Mak & ayah bangga dengan kau. Aku pun bangga! Lepas ni SPM plak okay. :)


Umur dia 15 tapi dia lagi tinggi. Err...


Sunday, December 19, 2010

Sunday is resting day!


Kesian blog ni. Dah lama tak di-update. Bukan apa, busy kerja. Cehh.. cakap macam banyak kerja je kan? Bila mak suruh lipat kain pun bagi alasan tu. Hehehe

Banyak benda yang nak dishare but tak tau macam mana nak mula. So simpan sampai berhabuk dalam kepala yang bersaiz sederhana ni.

2 more days of working, YEAY! Senyum lebar sampai telinga. Eh tak! Senyum sampai boleh sambung belakang kepala. Hahaha over tau! Btw kerja memang penat. Baru tau penat kerja macam mana. Mak kata anak lagi, "tu belum kahwin. nanti dah kahwin, mana nak layan suami lagi,masak lagi" Err.. seram sejuk bila difikirkan.

Proud to have you, Mak. You're amazing. Boleh buat macam-macam kerja tanpa mengeluh. :')
plus sanggup melayang 3 orang anak Mak ni. 3 orang anak macam 30 orang anak kan Mak? HAHA

Oh yeah I decided to take the fast track. Fikir punya fikir. Minta pandangan parents, tu yang penting. Mereka hanya menyokong dari belakang, apa pun yang jadi. Some of my friends pun pergi fast track - Jiha, Jiji & Eyka.

Jiha dapat international business dekat Melaka. Eyka dapat human resourse dekat Perak & Jiji same with me. Yeay! Ada kawan! Hehehe

Semua berpecah. Nak buat macam mana, masing-masing ada bintang yang perlu dicapai. I'll pray the best for you guys, always! Kita sama-sama nak berjaya kan? :)

Siapa baca metro Ahad harini? *muka bersemangat. Hehehe okay lah if tak baca, at least ada tak korang tengok metro Ahad tu? Ada tak? Rugi siapa tak tengok! Hanis Zalikha terpampang dekat depan metro. Yes, HANIS ZALIKHA! Blogger mana yang tak kenal, tak tau nak cakap apa. *angkat kening laju-laju. Orang nya cantik & berpelajaran. Pointer 3.92 - tak cukup hebat ke tu? Sangat adore dengan dia. Nak jadi macam dia.

What I mean is I want to be like her, know how to balance everything. Especially in study. I love to read her blog. Her mom's blog too! Sangat motivated.

Saya ada kurang dari 2 minggu. Saya nak lepak, saya nak prepare barang-barang untuk pergi Segamat. Tak tau kenapa macam excited. Semua benda nak buat. Semua tempat nak pergi. Semua kita nak jumpa. Hehehe annoying kan? :P

Plan macam-macam for this coming days. Hope sangat dapat jumpa all friends before semester start. Yeah, all! Possible tak? Insya-Allah.

Ok saya perlu tido sekarang. Esok kerja, masuk pukul 7. Bye guys! ♥



Gambar syok sendiri kena ada satu. Hehehe rindu minah sebelah tu!




Tepuk bontot nak? Hahaha



Sunday, December 12, 2010

Dean list

Result final dah keluar. Errr line student portal macam apa je, so Jiha give me idea tengok result through email. Baru tau yang boleh tengok result using that way. Cisss! Selama ni berhempas pulas, bersengkang mata tekan button refresh. =,=

My result just ok. Not more, not less. Seriusly pointer setimpal dengan apa yang diusahakan. The more you work, the more you'll get. The less you work, the less you'll get. So yeah! Itu lah maksud aku - SETIMPAL.

Banyak conflict, banyak main, banyak berangan. Sibuk bercinta, inilah jadinya. Nasib baik pointer still above 3. Alhamdulillah. So Syuhada, next sem JANGAN MAIN-MAIN. If semester 3 kau dah usaha, tambah lagi usaha tu. Tak cukup!

To my friends yang dapat dean list, big congrats from me! Sangat bangga weyy. Boleh jadi teacher aku nanti. Hehehehe. Sekarang confius nak amik fast track or not?




I WANT TO BE IN DEAN LIST TOO
I'll work for it!


Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah 1432.

Esok saya kerja. So this is a quick post. Hehehe.

To all the muslims, salam maal hijrah from me, Nurul Syuhada Baharudin & family.

Semoga tahun baru ini kita lalui dengan lebih cekal dari sebelum ini.
Apapun penghijrahan yang awak semua lakukan, pastikan niat kita betul. Lillahitaala.

Tutup buku lama, buka buku baru. Yang buruk,kita buang. Yang jernih,kita kekalkan.
Memaafkan itu lebih baik. Bersihkan hati & perbaiki diri masing-masing.

Apabila hati kita bersih dari dendam atau perkara-perkara yang negatif, barulah kita semua dapat jalani hidup dengan tenang. Tak guna bermusuhan, berdendam.

Learn to forgive. Always remember that we all have Allah SWT. Biar Dia membuat kerjaNya & kita dengan kerja kita.

Keep on think positively & smile always people! :)

Selamat tahun baru Islam.

Sunday, December 5, 2010

Tips : Guna barang-barang semula jadi pun boleh cantik.

Tua atau muda, masing-masing suka akan kecantikan. Bujang atau sudah berkahwin, juga mahu kelihatan menawan. Ewah ewah.. saya cakap dah macam apa dah. Hehehe. Seperti yang dijanjikan, saya akan berkongsi some tips, beauty tips, dengan you all. Tak banyak pun. Hehehe. Well I'm not that pretty but just want to share something with you, the girls. Untuk guys? Err saya takde tips untuk yang lelaki. Hehehe

Awak semua boleh gunakan limau nipis pada kulit. Yeah! Just gosokkan pada kulit badan & muka. Gosok lembut-lembut ya. Jangan kasar sangat! Hahaha. Kena potong kepada dua dulu. Bukan gosok dengan kulit dia! Hahaha. Seelok-eloknya buat time mandi. Senang... :D

Mempunyai masalah dandruff? Dah bosan dengan syampu itu & syampu ini? Guna limau nipis! Hehehe. Potong dua juga, then gosok-gosok pada kulit kepala. Pedih sikit, tapi insya-Allah berkesan.

Untuk mereka-mereka yang mempunyai lebam di bawah mata, saya ada 4 tips.

Kentang - Hiris nipis, then letakkan ke atas mata.

Timun - Step yang sama seperti di atas. Hehe

Uncang teh - Yang ini awak semua biasa dengar kan? Mesti dah tau macam mana kan? Hehehe. Pastikan uncang teh tu dah digunakan tau. Bukan yang belum digunakan tu! Nanti tak jadi apa-apa.Hahaha :P

Sudu - Letakkan dalam refrigerator,yang bahagian beku tu. Biarkan sampai sejuk. Sejuk gila! Then letak atas mata, as usual.

Inginkan mata bersinar? Chewaaahhh! Hahaha. Tips ni saya baca dari majalah Intrend. Masukkan kapas yang basah ke dalam air teh (yang sejuk). Then just pejam mata, letakkan kapas tersebut di atas mata & mulakan angan-angan anda. Hehehehe :D

Petua yang seterusnya ni saya dah amalkan, untuk hilangkan daki. Alhamdulillah berkesan. Saya tau awak semua mempunyai daki. Hahaha. Mandi berjam-jam, but still ada daki kan? Its normal. Semua orang ada! Dont be shy. Here some tips for you. Ambil hampas kelapa dan gosokkan pada bahagian-bahagian tubuh anda. Tak tau hampas kelapa tu apa? Tanya ibu anda atau pergi kedai runcit & ask. Simple as one, two, three... :)

Yogurt! Yummyyy.. Yeah sedap untuk makan dan juga berguna untuk muka & rambut anda. As a mask. Saya dah cuba untuk muka but belum cuba lagi untuk rambut. Insya-Allah akan datang. Hehehe. Petua yang ini pun senang juga. I believe all of you know about it. For those who dont know, nahhh! Letakkan yogurt yang awak beli di pasaraya or 7eleven 0r anywhere, ke atas muka. Make sure your face is clean. Untuk rambut pun sama. Oh! Dont worry semut merah takkan akan datang. Unless if you sleep with it! Hehehehe

Last but not less, awak semua juga boleh gunakan putih telur sebagai mask. Yeah yeah. Bau nya kurang wangi (hehe). Saya tak cuba lagi tips yang ini. Saya baca dalam majalah & internet, putih telur ini untuk membersihkan pori-pori & mencerahkan kulit. By the way, bila saya dah cuba, saya share kesan nya ya? Hehehe

So, thats all from me. Samada berkesan atau tak, bagi saya, ia bergantung kepada kulit muka. Setakat yang saya amalkan, no problem. Kulit muka saya jenis kering. If tak jadi or tak dapat kesan yang diinginkan, please dont blame me. Hahaha. Oh hey! If anyone ada tips, jom share! Sharing is caring right! <3



Monday, November 29, 2010

Perempuan mana yang tidak sukakan kecantikan?

Assalamualaikum semua. Blog saya bertukar wajah lagi. Hehehe. Sorry if memeningkan kepala korang, but saya memang suka tukar layout. Cepat boring. Hehehe. Perubahan yang positif, apa salahnya.

Sebenarnya harini dah plan nak post about some petua-petua kecantikan yang menggunakan sumber semula jadi (ayat macam skema pula). Hehehe. Petua-petua semua tu ada yang saya dah amalkan, ada juga yang belum. Insya-Allah akan mengamalkannya. Muka saya tak lah licin macam kulit telur. Saya cuma ingin berkongsi apa yang saya tahu.

Tapi disebabkan saya penat sangat hari ni (maklumlah saya bekerja), saya tunda post tu ye. Next time, I promise! So, bye now. Have a nice day people. Mulakan hari anda dengan senyuman dan hati yang bersih dengan perkara negatif (dendam, hasad dengki & lain-lain). Tak elok! ;)

Sunday, November 28, 2010

Orang berani sahaja, boleh bahagia.

Salam. Dah lama rasanya tak update blog ni. Currently busy working. Walaupun hanya sebagai waitress, sangat-sangat penat. Seriously! Melayan customers yang pelbagai ragam. Selalunya customers mula ramai time lunch. Fuh! Tak cukup kaki & tangan.

Saya dapat melihat pelbagai ragam manusia di sini (Paparich). Ada yang baik. Ada yang sombong. Ada yang kurang ajar. Ada yang nak sudu, nak mangkuk. Tak sampai 5 minit lagi, nak tisu plak. Sabar je lah.

Saya bekerja dengan warga-warga asing dari Filipina & .... (saya lupa). Hehehe. Apa-apa pun saya hanya berfikiran positif. Tidak bersangka buruk terhadap mereka, berkawan tapi pada masa yang sama, berhati-hati. I just want work, get some experiences & have fun. Yeah! If bekerja dalam keadaan yang tension, kerja itu akan jadi tak best. So, enjoy! ♥

Today is Sunday. Just spending time at home, with family. Petang pergi minum mamak with my friend. Buat facial dengan adik lelaki saya. Pakai mask dengan Mak. Saya cuba sedaya upaya membahagikan masa antara family, friends & work. Amboi bercakap macam orang bekerja sepenuh masa. Hahaha. Memang saya bekerja part time, but still saya nak ada masa dengan mereka-mereka yang tersayang. Masa untuk berborak dengan Mak. Berkongsi pendapat dengan Ayah. Bergurau dengan adik-adik saya. Lepak, bergosip & snap-snap pictures dengan friends. I miss my friends a lot!

Membahagikan masa tu susah sebab kerja saya itu memenatkan. But I'll try. Insya-Allah. :)

Saturday, November 20, 2010

Silent

When I feel down, I love to read articles or blogs that can motivate me. Make me feel better!

Ayat-ayat di bawah ini saya ambil dari blog Arni Yusnita Ahmad.

"Allah pinjamkan kasih sayang seseorang itu sekejap saja supaya kita menjadi orang yang sabar. Kemungkinan juga orang itu adalah orang yang salah untuk kita, kerana dia sudah mentakdirkan seseorang yang terbaik untuk kita yang tidak sesekali akan meninggalkan kita dalam apa jua keadaan pun."

"Dugaan itu datang dalam perbagai bentuk. Kemewahan, kemiskinan, kecantikan, perpisahan dan sebagainya kerana Allah itu mahu menguji hamba Nya."




[ Try iluvislam.com - artikel mereka sangat bagus. ]

New colour



Salam & hey readers. *mood happy
Hows your day? Saya mendoakan awak, awak dan awak semua sihat & happy sentiasa. Menjalani hidup dengan senyuman. :)

Today saya jumpa dengan kawan baru. Well actually takde lah kawan baru sangat. Saya kenal dia since zaman myspace dulu. Dia ialah kawan kepada kawan saya. Izzati Arpi - thats her name!

Pagi-pagi about 9 something, dia call & tanya samada saya busy or tak. Of course I'm not busy. ;D Then dia ajak jumpa. Bertahun-tahun saya kawan dengan dia, TAK PERNAH JUMPA LANGSUNG. Just dengar suara through hp, sharing problems, sharing stories & macam-macam lagi. About 2 or 3 years jugak lah kami berkawan. Lama kan? But tak pernah jumpa. Hehehe

Agak excited nak jumpa dia. Hehehe. I dont know why. First impression saya bila mula-mula nampak dia, she's so sweet! Compare dalam gambar, jumpa face to face lagi cantik. Mula-mula macam segan-segan sikit. Yela baru jumpa! macam jumpa boyfie plak kan? Hahaha. We decide lepak Sunway Pyramid because itu yang paling dekat. Sebenarnya we have no plan. Suddenly je. Poket pun agak kering (hehe), so jalan je lah. We're looking for something sweet for her boyfie. Masuk kedai itu, masuk kedai ini. At last, yeay! Berjaya jumpa something simple & sweet. Hehehe. I hope her boyfie happy with the cute thing & appreciate it. :)



About 3 to 4 hours we spent time together, we were already sharing about many things - friends, studies, guys & fashion! Its fun spending time with her. I'm glad I know her. Saya tak minta banyak - just want this friendship will last forever. Amin. ♥









[ She love pink so much! Hehe ]

Friday, November 19, 2010

Only for a month!

Went searching for part-time works & I got one! Alhamdulillah. Saya dapat kerja as a waitress at Paparich. Kerja sebagai waitress tidaklah seglamor mana but saya tetap bersyukur. Daripada saya membuang masa di rumah, lebih baik saya bekerja. Dengan status saya yang bujang 100%, no husband & no boyfriend, salary yang diberikan memang lebih daripada cukup. Hehehe. The owner is Mr William. He's so young (hehe) & sangat peramah. Awal-awal lagi dia dah remind about etika bekerja. Dia akan tegur if saya ada buat salah. And Mr William kata jangan simpan dalam hati. Its for my own good. Baik kan dia? Hehehe.

Saya pernah ada impian untuk buka satu bisnes. What kind of business? Saya tak pasti lagi. So I think dengan bekerja di Paparich akan memberikan saya sedikit pengalaman tentang bisnes. Work, watch & learn. For me, in future. Other than that, saya juga bekerja untuk memenuhkan poket. Haha. For sure lah kan! ;P I've so many plans with my girls. Have fun here and there, all need money. Oh! Saya juga kumpul duit untuk memenuhkan lagi almari saya. Saya dah aim beberapa blog. ;D

What I most hope is I'll learn something by working there. Something that I can use in future. Kita tidak akan tahu bila kita akan berada di bawah. Jadi, dengan ilmu atau pengalaman yang ada, akan dapat membantu kita untuk bangun semula. Who knows?








Sediakan payung sebelum hujan.

Tuesday, November 16, 2010

I dont want


Penyakit orang kaya adalah BAKHIL.
Penyakit orang miskin adalah MALAS.
Penyakit orang berilmu adalah TAKABBUR.
Penyakit orang bodoh adalah TIADA KEINGINAN.
Penyakit orang beramal adalah 'PERASAN'.

P/s : Hanya diri sendiri yang boleh menentukan jalan yang betul untuk berjaya di dunia & akhirat. Bukan orang lain!

Monday, November 15, 2010

My soldiers

Dah tengok video remaja lempang pengemis & kissing video? Seriously, I'm speechless. Tak boleh cakap lebih-lebih, takut nanti berbalik ke kita pula. Hope mereka sempat insaf. About the old man yang mereka lempang tu, saya rasa sangat kesian. Nak nangis pun ada! Saya bayangkan if one day, orang lain buat parents saya macam tu. Tak sanggup! Mana lah pergi kewarasan anak muda sekarang? Tak ada kemanusiaan langsung! Ingatlah kita semua akan tua. Allah SWT nak balas, sekejap je! Hmm

Today I went to my brothers' school. I have ONLY 2 brothers. Adik tau, bukan abang. Hehehe. My first brother kena hantar borang pendaftaran hostel & yang last ada report card day. So since my parents ialah parents yang berkerja, my mum bukan surirumah, tugas itu jatuh kepada saya. Plus saya sedang cuti semester. *muka senang hati

Settle kan hal adik first dulu, pergi sekolah VI. Then terbang ke La Salle. Terasa macam ibu muda pula, ambil report card anak. Hehehe. After settle semua hal, saya bawa adik-adik makan nasi kandar. Sangat sedap! ;D Then singgah Amcorp. Actually takde apa-apa pun yang menarik dekat situ. Tapi disebabkan adik-adik saya nak sangaaat ke sana, ok. Saya sebagai driver, turut je perintah. Hehehe.

Spending time with soldiers saya, membuat saya rasa macam-macam. Kadang-kadang pening. Especially bila mereka bergaduh. Huru-hara dunia. Sometimes pula, ketawa sampai nak menangis. Hahaha. Masing-masing dengan perangai masing-masing. They love to make jokes & menyakat sesama sendiri. Budak lah katakan. Layaaaann je... Hehehe. I'm the eldest. If my parents are busy, they're my responsibility. To care, to make them happy.


P/s : Air dicincang takkan putus.



Sunday, November 14, 2010

Sweet & cheap

Facebook - Joli Fille
Senang-senang tengok lah page di atas. Mereka jual baju-baju yang sangat cantik. & harga yang sangat berpatutan. Lagi-lagi dengan status kamu, kamu & kamu sebagai pelajar. Hehehe. Tak percaya? Jenguklah page di atas. Tak rugi! ;)


P/s : Tak salah tolong promote kan? Hihi

Saturday, November 13, 2010

Semester ketiga

Pejam celik, bangun duduk, makan tido - dah habis third semester. Hehehe. Orang gila je yang tak happy. Dengan hati yang senyum meleret-leret, balik rumah. Ayah ambil dengan adik. From Petaling Jaya to Kuala Pilah, kurang dari 2 jam dah sampai. Hehehe.

Saya ada paper Business Communication before dapat pulang ke rumah tercinta. Err tercinta ke? Hehehehe. Oh that was my last paper, of course. Barang semua dah siap packing. Menunjukkan semangat nak balik. Hehehe about pukul 1 pm, saya bertolak balik rumah. Sebelum tuh snap-snap gambar dengan friends dulu.


Eyka & Jiha tak join because mereka ada hal yang perlu diuruskan.
Ouh Sha balik awal. Hehehe


Then, bye Kuala Pilah & hello Petaling Jaya. Sampai rumah around 3.45pm. Rasa tenang je bila balik rumah. Hilang semua masalah when I'm with my family.

Sepanjang semester ketiga, macam-macam dah jadi. Semuanya membuatkan saya menjadi lebih matang. Sekarang adalah masa untuk melupakan segalanya, yang pahit. Past is past, kan? Hope semester empat akan lebih baik dari semester tiga, in every aspect! Amin :)


Kehidupan tanpa kesedihan, kesusahan & kegagalan adalah seperti hidup dengan satu warna sahaja. Hidup kena lah ada banyak warna! Baru boleh jadi kuat! ;)


P/s : Rasa macam nak tukar layout baru. Hihi




The closest

MIMO
I'm totally miss her.
I'm just hoping this friendship will last forever.

P/s : I appreciate & love all my friends, all!


Saturday, October 30, 2010

The climb


Peneman di pagi hari - milo, biskut Marie & facebook. Today plan nak study QMT. Oh maksudnya statistik. This time memang betul-betul study last minute. Paper hari Isnin. Hmm CTU pula hari Rabu. Satu apa pun tak ada lagi dalam otak ni. Last minute, last minute. Better late then never! Haha ;)

Next Thursday, family akan terbang ke Bandung. Ayah & Mak pergi. Adik-adik pergi. Saya? Disebabkan final, saya kene tinggal. Hmph! Nak buat macam mana, terpaksa. Next time ada rezeki lagi boleh pergi, mak kata. Ok sedap lah sikit hati ni. Saya kene list kan barang-barang apa yang nak kirim dekat Mak. Kasut, beg & baju. Tudung dekat sana pun lawa-lawa juga! Err maybe ada hikmah kenapa saya tak pergi saya? Ayah saya yg botak tu akan bertambah botak if saya ikut juga. Hehehe

I'm currently have no mood to eat. I dont know why. Nak diet? Memang kene membebel dengan friends. :D Maybe makanan dekat sini samaaa je.

"Mak cik, boleh tak tukar menu?" =.=

Takpe after paper CTU, saya akan balik rumah! Boleh makan puas-puas.

My blog seems like so so & so boring. Ingat nak tukar. Mana lagi penting? QMT or blog? HAHAHA ok I'll change the layout later.

I should start study, now! Buat banyak-banyak latihan QMT. Bye people! :)


P/s : Kenapa hp saya senyap sejak kebelakangan ni?


I MISS YOU, MAK.



Wednesday, October 27, 2010

When 19 years old girl talking about love


Someone you love most, doesnt love you.

Someone who love you most, is never the one you love most.

And someone you spend your life with, is never the one you love most or the one who love you most.

He or she is just the person who comes at the right place at the right time
.

Bila bercakap tentang cinta, masing-masing ada pendapat atau pandangan sendiri. Ada yang bercinta untuk suka-suka dan ada juga yang serius. Cinta monyet, cinta universiti, cinta kerja & sebagainya. Semua nak bercinta. Kita boleh jatuh cinta dengan sesiapa pun. Dengan kawan sendiri or the guy or the girl yang kita baru kenal.

Cinta itu buta. Bagi saya ia terpulang kepada seseorang itu menilai cinta itu sendiri. Buta atau tak? Tepuk dada tanya diri sendiri. Hanya diri kita sendiri yang tahu perasaan kita. Lain hati, lain kata.

Hati & perasaan adalah one feeling yang kita tak boleh paksa. Kita semua ada hak untuk jatuh hati pada sesiapa. Perasaan itu boleh datang tanpa diundang. & perasaan itu juga boleh pergi tanpa disuruh. Semuanya berlaku secara sendiri.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya dengan siapa akan jadi peneman hidup kita. Kita mencari dan terus mencari si dia itu. Terlalu mencari ciri-ciri yang kita nak. Dan pada masa yang sama kita terlepas pandang orang yang betul-betul menghargai kita. Bukan kesempurnaan yang diperlukan. No one perfect. Dengan karakter saja boleh memikat kita, membuat kita tersenyum sendiri. :)

Tak perlu mencari. Biarkan si dia dan perasaan itu datang dengan sendiri. Naturally!

Perbaiki diri. Buat apa yang kita nak, capai apa yang kita impikan. Nikmati setiap saat dalam hidup. Jaga mulut dan jaga hati. Jaga persahabatan. Jaga hubungan kekeluargaan. & jaga hubungan dengan Allah SWT. Then we'll get what we want. Insya-Allah.





Tuesday, October 26, 2010

Ku ukir indah namamu

If I let you go
Something I belong
Forever will be gone
The love is never shine
Is so hard to say since you far away
Nothing gonna do
The love is only you
To the end of time
I’ll be missing you

Entah kemana
Akanku cari
Rasa cinta yang
Pernah ku miliki
Janji setia
Sehidup semati
Dan hanya waktu yang
Memisahkan kita
Namun semua
Telah berakhir
Untukku

Harus ku akui
Sampai detik ini
tak akanku lupa
Kisah cinta kita
Abadi untukmu
Yang ku ukir indah

If I let you go
Something I belong
Forever will be gone
The love is never shine
Is so hard to say since you far away
Nothing gonna do
The love is only you
To the end of time
I’ll be missing you

Harus ku akui
Sampai detik ini
Tak akanku lupa
Kisah cinta kita
Abadi untukmu
Kan ku ukir indah namamu

Harus ku akui
Sampai detik ini

Tak akanku lupa
Kisah cinta kita
Abadi untukmu
Kan ku ukir indah namamu

Harus ku akui
Sampai detik ini
Tak akanku lupa
Kisah cinta kita
Abadi untukmu
Kan ku ukir indah namamu

Abadi untukmu
Kan ku ukir indah namamu


* Fall in love with this song.

Monday, October 25, 2010

I just can't stop smilling.


Lrt, ktm, bus - COMPLETE! Saya naik semua itu untuk balik semula ke hostel. I've to be an independent girl. Yela sampai bila nak mengharapkan parents. Hidup berjauhan dengan family? I'm used to it. Bila kita hidup berjauhan dari family, kita akan berhadapan dengan pelbagai perkara. Kawan makan kawan. Berjimat duit. & macam- macam lagi. Positive and negative. You just have to be strong! Thats the key.

Rabu ini dah start final. But dalam kepala ni satu apa pun takde lagi. Hehehe. Bangun pagi ni dengan harapan nak start study. Starting with CTU untuk siang & QMT untuk malam. Subjek BEL malam nanti juga, before study QMT. Hmm itu semua plan je, berjaya atau tak? Insya-Allah. Hehe

My mind is totally free with everything. Yela time final ni lah semua benda nak menyemak dalam otak ni. Love conflicts? Family conflicts? Naaahhh... I'll think positive. Focus on study & enjoy every second of my life. Make my family happy. Be friends with everyone. :)



Sunday, October 24, 2010

I'm a beginner!

Hey guys!
It seems that everyone has a blog nowadays. So why not I try my luck with blogging. ;) Mana lah tahu boleh jadi penulis kan? Hehehe. Actually I've no idea what to write in this opening post. Basically, I'll write about my life, thoughts & experience. Plus craps! ;)

My blog's background is just simple. Saya tak mahir lagi nak buat blog macam orang lain. But I'll learn! Bila dah pandai, saya akan selalu tukar-tukar layout. So thats readers tak akan boring & stay tuned! :)

Well, I hope this blog can be my bestfriend. Bukannya saya tak ada kawan-kawan. I have so many friends. They're good friends but they also have their own life, their own problems. They can't always be with me. So I hope this blog boleh jadi tempat saya berkongsi kegembiraan, kesedihan dan segala macam cerita.

Thats all.
HAPPY READING PEOPLE!