Thank you for following guys! ♥

Monday, November 29, 2010

Perempuan mana yang tidak sukakan kecantikan?

Assalamualaikum semua. Blog saya bertukar wajah lagi. Hehehe. Sorry if memeningkan kepala korang, but saya memang suka tukar layout. Cepat boring. Hehehe. Perubahan yang positif, apa salahnya.

Sebenarnya harini dah plan nak post about some petua-petua kecantikan yang menggunakan sumber semula jadi (ayat macam skema pula). Hehehe. Petua-petua semua tu ada yang saya dah amalkan, ada juga yang belum. Insya-Allah akan mengamalkannya. Muka saya tak lah licin macam kulit telur. Saya cuma ingin berkongsi apa yang saya tahu.

Tapi disebabkan saya penat sangat hari ni (maklumlah saya bekerja), saya tunda post tu ye. Next time, I promise! So, bye now. Have a nice day people. Mulakan hari anda dengan senyuman dan hati yang bersih dengan perkara negatif (dendam, hasad dengki & lain-lain). Tak elok! ;)

Sunday, November 28, 2010

Orang berani sahaja, boleh bahagia.

Salam. Dah lama rasanya tak update blog ni. Currently busy working. Walaupun hanya sebagai waitress, sangat-sangat penat. Seriously! Melayan customers yang pelbagai ragam. Selalunya customers mula ramai time lunch. Fuh! Tak cukup kaki & tangan.

Saya dapat melihat pelbagai ragam manusia di sini (Paparich). Ada yang baik. Ada yang sombong. Ada yang kurang ajar. Ada yang nak sudu, nak mangkuk. Tak sampai 5 minit lagi, nak tisu plak. Sabar je lah.

Saya bekerja dengan warga-warga asing dari Filipina & .... (saya lupa). Hehehe. Apa-apa pun saya hanya berfikiran positif. Tidak bersangka buruk terhadap mereka, berkawan tapi pada masa yang sama, berhati-hati. I just want work, get some experiences & have fun. Yeah! If bekerja dalam keadaan yang tension, kerja itu akan jadi tak best. So, enjoy! ♥

Today is Sunday. Just spending time at home, with family. Petang pergi minum mamak with my friend. Buat facial dengan adik lelaki saya. Pakai mask dengan Mak. Saya cuba sedaya upaya membahagikan masa antara family, friends & work. Amboi bercakap macam orang bekerja sepenuh masa. Hahaha. Memang saya bekerja part time, but still saya nak ada masa dengan mereka-mereka yang tersayang. Masa untuk berborak dengan Mak. Berkongsi pendapat dengan Ayah. Bergurau dengan adik-adik saya. Lepak, bergosip & snap-snap pictures dengan friends. I miss my friends a lot!

Membahagikan masa tu susah sebab kerja saya itu memenatkan. But I'll try. Insya-Allah. :)

Saturday, November 20, 2010

Silent

When I feel down, I love to read articles or blogs that can motivate me. Make me feel better!

Ayat-ayat di bawah ini saya ambil dari blog Arni Yusnita Ahmad.

"Allah pinjamkan kasih sayang seseorang itu sekejap saja supaya kita menjadi orang yang sabar. Kemungkinan juga orang itu adalah orang yang salah untuk kita, kerana dia sudah mentakdirkan seseorang yang terbaik untuk kita yang tidak sesekali akan meninggalkan kita dalam apa jua keadaan pun."

"Dugaan itu datang dalam perbagai bentuk. Kemewahan, kemiskinan, kecantikan, perpisahan dan sebagainya kerana Allah itu mahu menguji hamba Nya."




[ Try iluvislam.com - artikel mereka sangat bagus. ]

New colour



Salam & hey readers. *mood happy
Hows your day? Saya mendoakan awak, awak dan awak semua sihat & happy sentiasa. Menjalani hidup dengan senyuman. :)

Today saya jumpa dengan kawan baru. Well actually takde lah kawan baru sangat. Saya kenal dia since zaman myspace dulu. Dia ialah kawan kepada kawan saya. Izzati Arpi - thats her name!

Pagi-pagi about 9 something, dia call & tanya samada saya busy or tak. Of course I'm not busy. ;D Then dia ajak jumpa. Bertahun-tahun saya kawan dengan dia, TAK PERNAH JUMPA LANGSUNG. Just dengar suara through hp, sharing problems, sharing stories & macam-macam lagi. About 2 or 3 years jugak lah kami berkawan. Lama kan? But tak pernah jumpa. Hehehe

Agak excited nak jumpa dia. Hehehe. I dont know why. First impression saya bila mula-mula nampak dia, she's so sweet! Compare dalam gambar, jumpa face to face lagi cantik. Mula-mula macam segan-segan sikit. Yela baru jumpa! macam jumpa boyfie plak kan? Hahaha. We decide lepak Sunway Pyramid because itu yang paling dekat. Sebenarnya we have no plan. Suddenly je. Poket pun agak kering (hehe), so jalan je lah. We're looking for something sweet for her boyfie. Masuk kedai itu, masuk kedai ini. At last, yeay! Berjaya jumpa something simple & sweet. Hehehe. I hope her boyfie happy with the cute thing & appreciate it. :)



About 3 to 4 hours we spent time together, we were already sharing about many things - friends, studies, guys & fashion! Its fun spending time with her. I'm glad I know her. Saya tak minta banyak - just want this friendship will last forever. Amin. ♥









[ She love pink so much! Hehe ]

Friday, November 19, 2010

Only for a month!

Went searching for part-time works & I got one! Alhamdulillah. Saya dapat kerja as a waitress at Paparich. Kerja sebagai waitress tidaklah seglamor mana but saya tetap bersyukur. Daripada saya membuang masa di rumah, lebih baik saya bekerja. Dengan status saya yang bujang 100%, no husband & no boyfriend, salary yang diberikan memang lebih daripada cukup. Hehehe. The owner is Mr William. He's so young (hehe) & sangat peramah. Awal-awal lagi dia dah remind about etika bekerja. Dia akan tegur if saya ada buat salah. And Mr William kata jangan simpan dalam hati. Its for my own good. Baik kan dia? Hehehe.

Saya pernah ada impian untuk buka satu bisnes. What kind of business? Saya tak pasti lagi. So I think dengan bekerja di Paparich akan memberikan saya sedikit pengalaman tentang bisnes. Work, watch & learn. For me, in future. Other than that, saya juga bekerja untuk memenuhkan poket. Haha. For sure lah kan! ;P I've so many plans with my girls. Have fun here and there, all need money. Oh! Saya juga kumpul duit untuk memenuhkan lagi almari saya. Saya dah aim beberapa blog. ;D

What I most hope is I'll learn something by working there. Something that I can use in future. Kita tidak akan tahu bila kita akan berada di bawah. Jadi, dengan ilmu atau pengalaman yang ada, akan dapat membantu kita untuk bangun semula. Who knows?








Sediakan payung sebelum hujan.

Tuesday, November 16, 2010

I dont want


Penyakit orang kaya adalah BAKHIL.
Penyakit orang miskin adalah MALAS.
Penyakit orang berilmu adalah TAKABBUR.
Penyakit orang bodoh adalah TIADA KEINGINAN.
Penyakit orang beramal adalah 'PERASAN'.

P/s : Hanya diri sendiri yang boleh menentukan jalan yang betul untuk berjaya di dunia & akhirat. Bukan orang lain!

Monday, November 15, 2010

My soldiers

Dah tengok video remaja lempang pengemis & kissing video? Seriously, I'm speechless. Tak boleh cakap lebih-lebih, takut nanti berbalik ke kita pula. Hope mereka sempat insaf. About the old man yang mereka lempang tu, saya rasa sangat kesian. Nak nangis pun ada! Saya bayangkan if one day, orang lain buat parents saya macam tu. Tak sanggup! Mana lah pergi kewarasan anak muda sekarang? Tak ada kemanusiaan langsung! Ingatlah kita semua akan tua. Allah SWT nak balas, sekejap je! Hmm

Today I went to my brothers' school. I have ONLY 2 brothers. Adik tau, bukan abang. Hehehe. My first brother kena hantar borang pendaftaran hostel & yang last ada report card day. So since my parents ialah parents yang berkerja, my mum bukan surirumah, tugas itu jatuh kepada saya. Plus saya sedang cuti semester. *muka senang hati

Settle kan hal adik first dulu, pergi sekolah VI. Then terbang ke La Salle. Terasa macam ibu muda pula, ambil report card anak. Hehehe. After settle semua hal, saya bawa adik-adik makan nasi kandar. Sangat sedap! ;D Then singgah Amcorp. Actually takde apa-apa pun yang menarik dekat situ. Tapi disebabkan adik-adik saya nak sangaaat ke sana, ok. Saya sebagai driver, turut je perintah. Hehehe.

Spending time with soldiers saya, membuat saya rasa macam-macam. Kadang-kadang pening. Especially bila mereka bergaduh. Huru-hara dunia. Sometimes pula, ketawa sampai nak menangis. Hahaha. Masing-masing dengan perangai masing-masing. They love to make jokes & menyakat sesama sendiri. Budak lah katakan. Layaaaann je... Hehehe. I'm the eldest. If my parents are busy, they're my responsibility. To care, to make them happy.


P/s : Air dicincang takkan putus.



Sunday, November 14, 2010

Sweet & cheap

Facebook - Joli Fille
Senang-senang tengok lah page di atas. Mereka jual baju-baju yang sangat cantik. & harga yang sangat berpatutan. Lagi-lagi dengan status kamu, kamu & kamu sebagai pelajar. Hehehe. Tak percaya? Jenguklah page di atas. Tak rugi! ;)


P/s : Tak salah tolong promote kan? Hihi

Saturday, November 13, 2010

Semester ketiga

Pejam celik, bangun duduk, makan tido - dah habis third semester. Hehehe. Orang gila je yang tak happy. Dengan hati yang senyum meleret-leret, balik rumah. Ayah ambil dengan adik. From Petaling Jaya to Kuala Pilah, kurang dari 2 jam dah sampai. Hehehe.

Saya ada paper Business Communication before dapat pulang ke rumah tercinta. Err tercinta ke? Hehehehe. Oh that was my last paper, of course. Barang semua dah siap packing. Menunjukkan semangat nak balik. Hehehe about pukul 1 pm, saya bertolak balik rumah. Sebelum tuh snap-snap gambar dengan friends dulu.


Eyka & Jiha tak join because mereka ada hal yang perlu diuruskan.
Ouh Sha balik awal. Hehehe


Then, bye Kuala Pilah & hello Petaling Jaya. Sampai rumah around 3.45pm. Rasa tenang je bila balik rumah. Hilang semua masalah when I'm with my family.

Sepanjang semester ketiga, macam-macam dah jadi. Semuanya membuatkan saya menjadi lebih matang. Sekarang adalah masa untuk melupakan segalanya, yang pahit. Past is past, kan? Hope semester empat akan lebih baik dari semester tiga, in every aspect! Amin :)


Kehidupan tanpa kesedihan, kesusahan & kegagalan adalah seperti hidup dengan satu warna sahaja. Hidup kena lah ada banyak warna! Baru boleh jadi kuat! ;)


P/s : Rasa macam nak tukar layout baru. Hihi




The closest

MIMO
I'm totally miss her.
I'm just hoping this friendship will last forever.

P/s : I appreciate & love all my friends, all!