Thank you for following guys! ♥

Friday, December 31, 2010

Lets welcome 2011!

Goodbye two thousand ten!
Many things happened. Laughs & tears. Up & down.

Bila sebut tahun baru, mesti 'azam baru' muncul dalam fikiran korang semua. Tak salah pun sebenarnya. Lagi bagus di-staplerkan dengan semangat yang kuat & lagi cantik bila berjaya dilaksanakan.

Untuk saya, takde. Hahaha! Sebab saya pasang azam untuk setiap hari, bukan setiap tahun. :) Lain orang, lain caranya kan? I wish you all happy new year! Semoga 2011 akan lebih ceria, lebih mantap & lebih segalanya lah. ;)

Tadi pergi Kampung Baru, jumpa kawan sekejap. Pergh! Ramai gila orang naik LRT. Rasanya cuti harini. Malaysia menang bola kan? Hehehe. Rupanya semua nak celebrate new year. Saya celebrate di rumah je. Packing barang-barang untuk masuk new semester, tengok tv. Okay itu dipanggil celebrate ke? Hahaha

Penat packing barang, I shall sleep now. You guys buat lah countdown ramai-ramai, saya buat countdown dalam tidur. Ngeee... This is the last post of 2010. Goodnight people & happy new year! ♥



Thursday, December 30, 2010

All the way


(1) Kenapa rajin sangat harini sampai buat 3 post? Period ke? Hahaha. Mood baik, semuanya rajin. Or maybe azam baru untuk tahun baru? Okay takde kena mengena langsung dengan azam baru ke apa. Mengaruuuuutttt je kau ni Syuhada. -__-

(2) Tinggal 2 hari lagi before aku fly ke Segamat. Berangan lebih aku ni, naik kereta sudahhh! Hehehe. Semuanya dah ready, alhamdulillah. Baju kurung? Check! Kasut? Check! Buku-buku nota? Check! Alat tulis? Check! Shawls? Check! Salinan-salinan untuk mohon ptptn? Check! Yuran? Check! Dah packing barang? NOT CHECK! Hahaha berat hati berat tangan berat punggung nak kemas barang. Maybe Saturday? *angkat-angkat kening

(3) Tak sampai hati nak minta duit dekat parents. Yela yuran dah beratus-ratus, beli stuffs untuk rumah sewa, deposit rumah sewa - semuanya duit. My parents also have to save money for my brother, in case dia pergi sekolah berasrama penuh. Seriously I feel so bad about this. Dont know why. I'll study harder to pay all this - tanamkan dalam kepala. Make them proud is the best present! :')

(4) Harini Mimo & Jiha datang PJ. Yeay! At last dua orang buah hati aku ni berjaya jugak jejak kaki dekat sini. Mimo stay Ampang & Jiha stay Klang. So memang tak lah diorang nak datang sini selalu. Thank youuuuuu okay guys! Lepak lepak, borak borak & snap snap. Itu dah jadi kemestian. Hehehe. Seronok sangat! Yela nanti bila lah lagi dapat lepak macam ni. Seorang utara, seorang selatan. Apapun kawan tetap kawan. Ada masa kita jumpa. ♥

(5) Facebook? Sangat in sekarang. Semua orang ada facebook. Tapi yang paling tak in ialah aktiviti menvroom-vroom. Haih tak faham dengan manusia-manusia. Kalau ya pun marah, bengang or what-so-ever, jangan lah publish di facebook. Sungguh kebudak-budakkan okay. Tak in langsung! Oh lupa kau punya facebook, kau punya pasal lah kan? HAHAHA OKAY. Aku tutup mata tutup telinga & teruskan hidup aku lagi bagus. Nak tambah dosa buat apa? Peace! (Y)

(6) Malaysia menang bola! Tak minat bola but still ambil tahu the result. Yela rumah bergegar bila semua bersorak. Mak bersorak macam anak-anak dia yang main bola. Hahaha. Thank you team Malaysia. Kerana anda, kami & kami sekalian mendapat cuti. So apa rancangan untuk esok? Takkan duduk rumah tengok tv je? ;)



Lets forgive each other :)

Selagi kau tidak bahagia dengan kebahagiaan orang lain, itu petanda kau sendiri tidak bahagia. Pujuk dirimu bahagia apabila melihat musuh-musuhmu bahagia. Wahai diri ingatlah...segala gerak dan laku makhluk adalah dengan izin ALLAH jua.

Jika datang orang menghadiahkan air mata, ALLAH sedang mendidikmu tentang sifat sabar. Jangan dilihat manusia yang menjadi 'sebab' lihat dengan mata hati yang ALLAH jua menjadi 'musabbabil asbab'.

Jika kau disakiti oleh dia, DIA sedang mengajarmu erti reda. Firman ALLAH 'Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan. Nescaya engkau akan dapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara'. Surah Fussilat : 34.

Kini hatiku tertanya-tanya lagi - siapa aku yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan? Aku hanya hamba. Sedangkan DIA sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil untuk berdendam?

- Pahrol Mohd Juoi -

(Petikan diambil dari iluvislam.com)

Saya tiru dia atau dia tiru saya?


Today keluar with my sweetheart. Okay bukan boyfriend, yang ini girl tau! Hehehe. She's one of my great friends. Sangaaaaaat cun okay! :D

Went to KLCC, then aktiviti patahkan kaki dari KLCC ke Times Square. Stop by at Pavillion, snap gambar! Apa lagi kan, hehehe. Shopping dekat Times Square & Sg Wang. Sumpah semua benda murah & lawa lawa. Borong banyak tudung pashmina. Tak tau lah sejak bila fall in love dengan pashmina. Seriously dulu tak suka. Sebab dia akan jadi tebal semacam bila dililit & panassss! But now..... I ♥ you pashmina. Hehehe.

Dah tau nak bershopping, nak berjalan sakan tapi pakai kasut wedges yang sangat curam & tinggi. Akibatnya balik rumah terkedek-kedek macam mak nenek! Hahaha tak lah, kaki melecet teruk. Jalan pun dah macam... urgh! Susah nak explain. But memang sakit.

Moral of the story, jangan pakai wedges atau kasut yang agak tinggi bila bershopping. Sakit woooo! -__-



Walaupun sakit kaki, shopping tetap shopping nyah! Hahaha. Begitu kental semangat aku. :P Beli pashmina, kasut kungfu warna merah, cardigan & ... okay tu je! Hahaha kena jimat duit ooo. Sia-sia je aku kerja, duit semua habis ke mall. Oh tidak! Simpan untuk new semester. :)

Mimi yang borong banyaaaaaaakkkkk! We bought a same kungfu shoes. Same colour which is red but different size. Nanti boleh pakai sama-sama! :D

Perasan tak we wore the same colour of shirt?
Copycat ke apa ni? Siapa tiru siapa ni? Hehehe ♥


Sambil makan, se-naaaapppp! :D



Baju sama, buat peace pun nak sama-sama. Weee.... :D




Favourite picture of the day. <3

Next semester tak dapat jumpa lagi. No more gossiping, singging, tepuk-tepuk bontot, tarik rambut and blablabla... no more! I'm moving to Segamat. Gonna miss her, seriously! :')


Wednesday, December 29, 2010

I'd made it!

Yeay! Akhirnya berjaya menghabiskan kerja part time di Paparich. Berjaya menguatkan diri, menguatkan kaki untuk bertahan selama 48 jam seminggu menjadi waitress, melayan seribu satu kerenah manusia. Bangun pagi-pagi dengan senyuman. Sebab happy dah sampai hari yang ditunggu-tunggu. Selalu siap paling lambat but that day I woke up very very verryyyyy early. Hehehe



muka excited nak pergi kerja. LAST DAY! :D

Nak cakap pasal pengalaman? Yeah banyak yang dapat dikutip. Since aku pun pelajar business, so time ni lah nak tunjuk skill, praktikkan apa yang selama ni study. Bekerja dengan foreigners bukan satu benda yang senang. Believe me! Communication itu penting. Bayangkan if diorang tak faham apa yang aku cakap? Macam mana nak sampaikan apa yang customers nak? Susaaaaaaaaahhhhh! Diorang faham english, but ONLY the basics one. So tak perlu lah berlagak nak tunjuk skill konon hebat cakap omputih. Hahaha

Its fun working with them. Believe it or not, I ate my lunch with them. They're still human being lah dude. As long as you know the boundaries, you can friend with anyone. Yes, anyone! So apa yang nak digelikan? Oh yeah! Tak cool kan? Tak glamor kan? WHATEVER! I dont care.

Diorang kongsi pasal hidup diorang. Majoriti dah kahwin. Diorang tunjuk gambar isteri & anak-anak. Cantik-cantik & comel-comel! Hehehe kesian diorang rindu family diorang. They have to work here about two or three years. Then baru boleh balik sana, their own country.

Ada gambar-gambar diorang ni. Tapi tak semua sebab ada yang pemalu. Hehehe



Aku suka buli dia, suruh dia buat air. White coffee ice, hainan cham ice.
Chocolate ice, my favoooooouuuuurite! Ngeee...


Lunch, gossip - semua dekat sini.




Tukang karut! Hahaha
Taklah, diorang tukang masak.



I just think that this activity, I mean working part time is a really good stuff to do. Bukan setakat kutip pengalaman, but you can also learn about life. Learn how hard it is to earn money. Selama ni minta duit dari parents je kan? Yup aku pun macam tu, tahu minta duit je. Now I know. Bekerja sendiri buat kita rasa penat & puas. Penat sebab bangun pagi-pagi, pergi kerja, layan kerenah. Puas bila kita dapat ganjaran dari apa yang kita usahakan - the salary. Kadang-kadang bila kita selalu senang, selalu berada di atas, kita lupa macam mana rasa susah, macam mana rasa nya berada di bawah. Ini pendapat aku. If ada yang tak setuju or rasa "eh aku tak macam tu", okay. Just igore this entry. Happy? Aku lagi lagi lagi lah happy. :)


They bought for me chocolate. :)


This one is my favourite! :D

Tak sabar nak dapat gaji. Harap-harap dapat menahan nafsu ber-shopping. Semua benda nak beli. Semua benda nampak murah. Semua benda nampak 'in'. Hujung tahun kan? Faham-faham je lah. :D Ada tak cara nak kawal nafsu berbelanja? Dalam majalah banyak, tapi semua tak berkesan. Hahaha syuhada.. syuhada.. alasan je tu! :D

Just tinggal seminggu lebih before start new semester. Perlu nikmati setiap saat sebelum kembali ke dunia buku. Oh yeah! Congrats to my brother yang dapat 5 A's in PMR. Mak & ayah bangga dengan kau. Aku pun bangga! Lepas ni SPM plak okay. :)


Umur dia 15 tapi dia lagi tinggi. Err...


Sunday, December 19, 2010

Sunday is resting day!


Kesian blog ni. Dah lama tak di-update. Bukan apa, busy kerja. Cehh.. cakap macam banyak kerja je kan? Bila mak suruh lipat kain pun bagi alasan tu. Hehehe

Banyak benda yang nak dishare but tak tau macam mana nak mula. So simpan sampai berhabuk dalam kepala yang bersaiz sederhana ni.

2 more days of working, YEAY! Senyum lebar sampai telinga. Eh tak! Senyum sampai boleh sambung belakang kepala. Hahaha over tau! Btw kerja memang penat. Baru tau penat kerja macam mana. Mak kata anak lagi, "tu belum kahwin. nanti dah kahwin, mana nak layan suami lagi,masak lagi" Err.. seram sejuk bila difikirkan.

Proud to have you, Mak. You're amazing. Boleh buat macam-macam kerja tanpa mengeluh. :')
plus sanggup melayang 3 orang anak Mak ni. 3 orang anak macam 30 orang anak kan Mak? HAHA

Oh yeah I decided to take the fast track. Fikir punya fikir. Minta pandangan parents, tu yang penting. Mereka hanya menyokong dari belakang, apa pun yang jadi. Some of my friends pun pergi fast track - Jiha, Jiji & Eyka.

Jiha dapat international business dekat Melaka. Eyka dapat human resourse dekat Perak & Jiji same with me. Yeay! Ada kawan! Hehehe

Semua berpecah. Nak buat macam mana, masing-masing ada bintang yang perlu dicapai. I'll pray the best for you guys, always! Kita sama-sama nak berjaya kan? :)

Siapa baca metro Ahad harini? *muka bersemangat. Hehehe okay lah if tak baca, at least ada tak korang tengok metro Ahad tu? Ada tak? Rugi siapa tak tengok! Hanis Zalikha terpampang dekat depan metro. Yes, HANIS ZALIKHA! Blogger mana yang tak kenal, tak tau nak cakap apa. *angkat kening laju-laju. Orang nya cantik & berpelajaran. Pointer 3.92 - tak cukup hebat ke tu? Sangat adore dengan dia. Nak jadi macam dia.

What I mean is I want to be like her, know how to balance everything. Especially in study. I love to read her blog. Her mom's blog too! Sangat motivated.

Saya ada kurang dari 2 minggu. Saya nak lepak, saya nak prepare barang-barang untuk pergi Segamat. Tak tau kenapa macam excited. Semua benda nak buat. Semua tempat nak pergi. Semua kita nak jumpa. Hehehe annoying kan? :P

Plan macam-macam for this coming days. Hope sangat dapat jumpa all friends before semester start. Yeah, all! Possible tak? Insya-Allah.

Ok saya perlu tido sekarang. Esok kerja, masuk pukul 7. Bye guys! ♥



Gambar syok sendiri kena ada satu. Hehehe rindu minah sebelah tu!




Tepuk bontot nak? Hahaha



Sunday, December 12, 2010

Dean list

Result final dah keluar. Errr line student portal macam apa je, so Jiha give me idea tengok result through email. Baru tau yang boleh tengok result using that way. Cisss! Selama ni berhempas pulas, bersengkang mata tekan button refresh. =,=

My result just ok. Not more, not less. Seriusly pointer setimpal dengan apa yang diusahakan. The more you work, the more you'll get. The less you work, the less you'll get. So yeah! Itu lah maksud aku - SETIMPAL.

Banyak conflict, banyak main, banyak berangan. Sibuk bercinta, inilah jadinya. Nasib baik pointer still above 3. Alhamdulillah. So Syuhada, next sem JANGAN MAIN-MAIN. If semester 3 kau dah usaha, tambah lagi usaha tu. Tak cukup!

To my friends yang dapat dean list, big congrats from me! Sangat bangga weyy. Boleh jadi teacher aku nanti. Hehehehe. Sekarang confius nak amik fast track or not?




I WANT TO BE IN DEAN LIST TOO
I'll work for it!


Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah 1432.

Esok saya kerja. So this is a quick post. Hehehe.

To all the muslims, salam maal hijrah from me, Nurul Syuhada Baharudin & family.

Semoga tahun baru ini kita lalui dengan lebih cekal dari sebelum ini.
Apapun penghijrahan yang awak semua lakukan, pastikan niat kita betul. Lillahitaala.

Tutup buku lama, buka buku baru. Yang buruk,kita buang. Yang jernih,kita kekalkan.
Memaafkan itu lebih baik. Bersihkan hati & perbaiki diri masing-masing.

Apabila hati kita bersih dari dendam atau perkara-perkara yang negatif, barulah kita semua dapat jalani hidup dengan tenang. Tak guna bermusuhan, berdendam.

Learn to forgive. Always remember that we all have Allah SWT. Biar Dia membuat kerjaNya & kita dengan kerja kita.

Keep on think positively & smile always people! :)

Selamat tahun baru Islam.

Sunday, December 5, 2010

Tips : Guna barang-barang semula jadi pun boleh cantik.

Tua atau muda, masing-masing suka akan kecantikan. Bujang atau sudah berkahwin, juga mahu kelihatan menawan. Ewah ewah.. saya cakap dah macam apa dah. Hehehe. Seperti yang dijanjikan, saya akan berkongsi some tips, beauty tips, dengan you all. Tak banyak pun. Hehehe. Well I'm not that pretty but just want to share something with you, the girls. Untuk guys? Err saya takde tips untuk yang lelaki. Hehehe

Awak semua boleh gunakan limau nipis pada kulit. Yeah! Just gosokkan pada kulit badan & muka. Gosok lembut-lembut ya. Jangan kasar sangat! Hahaha. Kena potong kepada dua dulu. Bukan gosok dengan kulit dia! Hahaha. Seelok-eloknya buat time mandi. Senang... :D

Mempunyai masalah dandruff? Dah bosan dengan syampu itu & syampu ini? Guna limau nipis! Hehehe. Potong dua juga, then gosok-gosok pada kulit kepala. Pedih sikit, tapi insya-Allah berkesan.

Untuk mereka-mereka yang mempunyai lebam di bawah mata, saya ada 4 tips.

Kentang - Hiris nipis, then letakkan ke atas mata.

Timun - Step yang sama seperti di atas. Hehe

Uncang teh - Yang ini awak semua biasa dengar kan? Mesti dah tau macam mana kan? Hehehe. Pastikan uncang teh tu dah digunakan tau. Bukan yang belum digunakan tu! Nanti tak jadi apa-apa.Hahaha :P

Sudu - Letakkan dalam refrigerator,yang bahagian beku tu. Biarkan sampai sejuk. Sejuk gila! Then letak atas mata, as usual.

Inginkan mata bersinar? Chewaaahhh! Hahaha. Tips ni saya baca dari majalah Intrend. Masukkan kapas yang basah ke dalam air teh (yang sejuk). Then just pejam mata, letakkan kapas tersebut di atas mata & mulakan angan-angan anda. Hehehehe :D

Petua yang seterusnya ni saya dah amalkan, untuk hilangkan daki. Alhamdulillah berkesan. Saya tau awak semua mempunyai daki. Hahaha. Mandi berjam-jam, but still ada daki kan? Its normal. Semua orang ada! Dont be shy. Here some tips for you. Ambil hampas kelapa dan gosokkan pada bahagian-bahagian tubuh anda. Tak tau hampas kelapa tu apa? Tanya ibu anda atau pergi kedai runcit & ask. Simple as one, two, three... :)

Yogurt! Yummyyy.. Yeah sedap untuk makan dan juga berguna untuk muka & rambut anda. As a mask. Saya dah cuba untuk muka but belum cuba lagi untuk rambut. Insya-Allah akan datang. Hehehe. Petua yang ini pun senang juga. I believe all of you know about it. For those who dont know, nahhh! Letakkan yogurt yang awak beli di pasaraya or 7eleven 0r anywhere, ke atas muka. Make sure your face is clean. Untuk rambut pun sama. Oh! Dont worry semut merah takkan akan datang. Unless if you sleep with it! Hehehehe

Last but not less, awak semua juga boleh gunakan putih telur sebagai mask. Yeah yeah. Bau nya kurang wangi (hehe). Saya tak cuba lagi tips yang ini. Saya baca dalam majalah & internet, putih telur ini untuk membersihkan pori-pori & mencerahkan kulit. By the way, bila saya dah cuba, saya share kesan nya ya? Hehehe

So, thats all from me. Samada berkesan atau tak, bagi saya, ia bergantung kepada kulit muka. Setakat yang saya amalkan, no problem. Kulit muka saya jenis kering. If tak jadi or tak dapat kesan yang diinginkan, please dont blame me. Hahaha. Oh hey! If anyone ada tips, jom share! Sharing is caring right! <3